Apakah Tujuan Hidup Kita Sebenarnya?
Pernah anda terfikir, mengapa manusia wujud di dunia ini?
Untuk apa?
Apa tujuan hidup manusia di dunia ini?
Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini?
Sebahagian
orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening-pening memikirkan
pertanyaan di atas kerana menganggap tiada kaitannya dengan
kehidupan yang nyata.
Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.
Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya..
Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang-kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap.
Mengapa?
Kerana di
tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada apa
di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.
Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir.
Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu memasuki ruangan yang gelap.
Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan.
Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.
Orang
seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi
ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian.
Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.
Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya ketidaktahuannya itu.
Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah..
Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang.
Mengapa tidak tenang?
Kerana
umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang
sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan
sesuatu yang bersifat duniawi.
Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.
Sehingga
suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai
atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga
diakhiri dengan bunuh diri.
Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.
“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)
Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya.
Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya.
Tentu tidak
dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya
tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain.
Untuk dapat
melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari
dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.
Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya.
Hamba harus
mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus memberikan
sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.
Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat.
Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari.
Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah
Penutup
Kita sebagai
wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk
menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.
“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)